Sunday 22 February 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KG TASEK


Pada 13 Februari 2015 bersamaan 23 RabiulAkhir 1436 H telah berlangsung majlis Sambutan Maulidul Rasul 1436 Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Ipoh Barat bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tasek, Ipoh.

Program yang bermula selepas solat Jumaat ini yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Operasi 2, Tuan Haji Mohamad B Hussin telah bejaya mengumpulkan kira-kira 50 orang penduduk sekitar kampung Tasek serta peserta kelas Unit BPM KEMAS Parlimen Ipoh Barat.

Antara pengisian program sambutan ini adalah penerangan GST serta ceramah istimewa Maulid Nabi oleh Penyelia Bina Insan KEMAS Ipoh Barat, Ustaz Syahrizal Abd Halim dan juga pertandingan masakan bubur Asyura untuk peserta Unit BPM KEMAS Ipoh Barat.

Program sebegini sangat bermakna buat komuniti tempatan kerana ia dapat meningkatkan kecintaan kita pada Rasul junjungan Nabi Muhammad dan bersama-sama meningkatkan tahap keimanan dalam diri kita


Program ini tamat pada jam 6 petang dan diharap dapat diteruskan pada masa mendatang.


Sunday 8 February 2015

MARI BERSEMBAHYANG



Solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah SWT , membuktikan ketaatan, kepatuhan, serta sentiasa mengingatiNya. Solat juga mendidik jiwa seseorang memahami hakikat ketaqwaan, ketenangan, kesabaran, tawakkal, jihad dan Allah SWT sahajalah tempat bergantung dalam segala urusan kehidupan. Solat adalah amalan yang asal dalam agama.

Sehubungan dengan itu, pada Jumaat lepas Tabika KEMAS Kg Tersusun Tawas Tambahan telah membuat pengisian rohani dengan mendedahkan kepada murid murid akan cara menunaikan ibadah solat yang betul.


Sepanjang aktiviti itu berjalan, murid-murid telah didedahkan dengan cara menunaikan solat dan rukun solat yang perlu dipatuhi. Tahniah pada guru, Puan Khusna Abdul Khair yang mengambil inisiatif mengadakan program itu. Sesungguhnya usaha mendidik anak anak bersolat sememangnya perlu dilakukan ketika usia mereka seawal enam tahun.