Tuesday 30 June 2015

MEMORI RAMADAN

Ramadan. Sesiapa juga pasti bersetuju jika dikatakan inilah bulan kita berasa terlalu rindu pada keluarga dan kenangan silam.


Mengenang mereka yang sudah tiada, yang paling rapat dengan kita, ditambah pula adanya serba sedikit kesilapan atau rasa bersalah yang kita tidak sempat untuk minta maaf, bolehkah dikatakan kesemua itu masih tega mengeraskan hati kita daripada menitiskan air mata pada bulan penuh keinsafan ini?

Itulah hikmahnya Ramadan, yang apabila perut kita kosong, hati jadi lebih lembut sebaliknya dalam keadaan kenyang, kita sering sahaja alpa malah hingga lupa TUHAN.

Monday 22 June 2015

DOA BERBUKA PUASA


Salah satu sunnah dalam puasa Ramadhan adalah berdoa saat berbuka puasa. Bagaimana doanya? Berikut ini doa puasa yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

(Dzahabadh dhoma,u wabtalatil uruq wa tsabatal ajru insyaa,aLlah)

Artinya:
“Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala akan tetap insya Allah”

Doa tersebut diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Daruquthni, dihasankan Syaikh Nasiruddin Al-Albani dalam Irwaul Ghalil, Misykatul Mashabih dan Shahih Abi Dawud.

Sedangkan doa satu lagi yang berbunyi

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

(Allohumma laka shumtu wa ‘alaa rizqika afthortu)

Artinya:
“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”

Doa ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, dinilai hasan oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani dalam Misykatul Mashabih, namun didhaifkannya dalam Shahih wa Dhaif Al Jami’u Ash Shaghir dan kitab-kitab lainnya.

Wallahu a’lam bish shawab

http://bersamadakwah.net/doa-buka-puasa-yang-diajarkan-rasulullah/

BUBUR LAMBUK KG KEPAYANG FAIR PARK

Ramadan datang lagi 


Marhaban ya Ramadan

Saban tahun Kg GDW Kepayang Fair Park menyediakan juadah bubur lambuk yang diagih agihkan kepada komuniti setempat. Menu rahsia yang diwarisi turun temurun ini berjaya menarik perhatian masyarakat setempat untuk sama sama menjadikan juadah bubur lambuk sebagai salah satu menu wajib untuk berbuka puasa.


Bubur lambuk hasil sumbangan orang ramai ini diuruskan oleh ajk masjid dimana proses penyediaan nya bermula selepas zohor dan proses pengagihan nya bermula sebelum bermula nya solat asar.


Dengan ada nya aktiviti ini ternyata memeriahkan lagi sambutan ramadan di kampung ini.

Wednesday 17 June 2015

TADARUS AL QURAN BINA INSAN IPOH BARAT

Assalamualaikum
Tadarus Al Quran, pada asasnya bermaksud membaca Al Quran di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan.Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan ramadhan.

Sehubungan dengan itu, kelas bina insan KEMAS Pangsapuri Sri Kepayang telah menganjurkan aktiviti tadarus AlQuran pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Penyertaan dari warga setempat juga sangat menggalakkan.

Sesungguhnya ini adalah amalan mulia dan sama sama lah kita beramal.

Marhaban Ya Ramadan

Assalamualaikum

Kami warga KEMAS parlimen Ipoh Barat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi semua muslimin dan muslimat.

Semoga kita memperoleh keberkatan dari Nya