Wednesday 28 October 2015

PELANCARAN KOSPEN DI KG TERSUSUN TAWAS TAMBAHAN


KOSPEN adalah singkatan bagi Komuniti Sihat Perkasa Negara yang merupakan program kerjasama diantara Kementerian Kesihatan dan Jabatan KEMAS untuk melaksanakan aktiviti kesihatan di kampung kampung dibawah seliaan KEMAS.KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tawas Tambahan, Bercham telak berjalan Majlis Pelancaran KOSPEN peringkat Kampung yang telah disempurnakan oleh Datuk Shamsuddin, Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini telah mendapat sambutan hangat dari warga kampung dimana hampir 150 penduduk kampung telah hadir untuk sama sama menjayakan program ini.




Majlis dimulakan dengan sedikit penerangan oleh En Fairuz Hafis, pegawai KEMAS yang bertanggungjawab berkenaan aktiviti KEMAS di Parlimen Ipoh Barat sebelum diteruskan dengan aktiviti berjalan 10000 langkah ataupun sejauh 6.5 km.

Seterusnya diteruskan dengan saringan kesihatan dimana indikator yang diambil adalah Berat dan Tinggi (BMI), tekanan darah tinggi serta Paras gula dalam darah. Disamping itu turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang hadir serta cabutan bertuah.


Majlis tamat jam 1230 dengan sessi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna, penyampaian cenderahati kepada sukarelawan, serta penyampaian cabutan bertuah.



Sunday 11 October 2015

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK





Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut  ‘The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

Di Malaysia, terdapat empat agensi utama penting yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pendidikan sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta yang bertungkus lumus untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini diteruskan dan ditingkatkan

PROGRAM PEMERIKSAAN GIGI DAN CERAMAH PERGIGIAN UNTUK KANAK-KANAK TABIKA KEMAS KG TERSUSUN TASEK


Program Penjagaan Awal kesihatan pergigian kanak-kanak adalah lanjutan dari program ibu mengandung dan sasaran adalah ibu-ibu lepas bersalin dan ibu bapa / penjaga kanak-kanak berumur 4 tahun dan kebawah yang diperiksa di bawah perkhidmatan kesihatan kanak-kanak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Objektif utama program kesihatan pergigian awal kanak-kanak adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik ke arah mencapai pertumbuhan dan pembangunan optimum.

Program ini adalah bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan Kesihatan Pergigian di kalangan kanak-kanak pra sekolah kepada ibu bapa dan penjaga

- Mengekalkan tahap Kesihatan Pergigian kanak-kanak pra sekolah

- Mempertingkatkan pengetahuan, perubahan sikap serta penerapan amalan yang baik di kalangan ibu bapa serta penjaga

- Memastikan kanak-kanak pra sekolah boleh menerima penjagaan Kesihatan Pergigian

- Mengawal kejadian penyakit pergigian di kalangan kanak-kanak pra sekolah

- Meningkatkan pengetahuan guru serta penjaga mengenai pemilihan makanan seimbang

- Menggalakkan penyelia/guru-guru Tadika menjalankan Latihan Memberus Gigi secara harian di Tadika


Wednesday 7 October 2015

JOHAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP MYREZEKI FEST 2015

Wakil Peserta dari KEMAS Ipoh Barat berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Buku Skrap yang dianjurkan sempena Karnival My Rezeki Fest dan Peetunjukan Kemahiran Negeri Perak 2015 di Dewan Jubli Emas baru baru ini.

Puan Norhaslinda merupakan Pemaju Masyarakat Pusat Sumber Kg Kepayang berjaya mencuri hati panel juri pertandingan yang merupakan Puan Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak dan juga wakil kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan seterusnya menewaskan 8 wakil peserta yang lain yang mewakili 9 buah daerah di Negeri Perak.

Tahniah diucapkan