Wednesday 28 October 2015

PELANCARAN KOSPEN DI KG TERSUSUN TAWAS TAMBAHAN


KOSPEN adalah singkatan bagi Komuniti Sihat Perkasa Negara yang merupakan program kerjasama diantara Kementerian Kesihatan dan Jabatan KEMAS untuk melaksanakan aktiviti kesihatan di kampung kampung dibawah seliaan KEMAS.KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tawas Tambahan, Bercham telak berjalan Majlis Pelancaran KOSPEN peringkat Kampung yang telah disempurnakan oleh Datuk Shamsuddin, Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini telah mendapat sambutan hangat dari warga kampung dimana hampir 150 penduduk kampung telah hadir untuk sama sama menjayakan program ini.




Majlis dimulakan dengan sedikit penerangan oleh En Fairuz Hafis, pegawai KEMAS yang bertanggungjawab berkenaan aktiviti KEMAS di Parlimen Ipoh Barat sebelum diteruskan dengan aktiviti berjalan 10000 langkah ataupun sejauh 6.5 km.

Seterusnya diteruskan dengan saringan kesihatan dimana indikator yang diambil adalah Berat dan Tinggi (BMI), tekanan darah tinggi serta Paras gula dalam darah. Disamping itu turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang hadir serta cabutan bertuah.


Majlis tamat jam 1230 dengan sessi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna, penyampaian cenderahati kepada sukarelawan, serta penyampaian cabutan bertuah.



No comments:

Post a Comment