Sunday 15 November 2015

PROGRAM BERJALAN 10000 LANGKAH KOSPEN KG TERSUSUN TASEK

Pada 14/11 (Sabtu) tempoh hari telah berlangsung aktiviti berjalan 10000 langkah untuk penduduk Kg Tersusun Tasek. Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.




Berjalan kaki adalah sebahagian penting dalam kehidupan. Bagaimanapun, disebabkan pembangunan yang pesat di seluruh Malaysia, senaman berjalan kaki kini hampir menjadi sebahagian daripada sejarah kuno.  Kementerian Kesihatan berhasrat untuk menghidupkan kembali aktiviti ini menerusi kempen 10,000 Langkah Sehari. 10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran 6 kilometer sehari dan hanya setelah  anda berjalan melebihi 10,000 langkah, barulah anda dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi fizikal

Selain itu Aktiviti Saringan Kesihatan juga dijalankan dimana para penduduk boleh mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan kerjasama para sukarelawan KOSPEN bertungkus lumus untuk menjalan saringan kesihatan.

Program sebegini ternyata amat bermanafaat untuk penduduk kampung dan diharap dapat diteruskan pada masa mendatang.





No comments:

Post a Comment