Monday 16 June 2014

AKTIVITI 5S PEJABAT KEMAS PARLIMEN IPOH BARAT

Aktiviti mengecat




Bagi mengimplentasikan dan sentiasa mengamalkan suasana persekitaran kondunsif di tempat kerja, KEMAS Parlimen Ipoh Barat  mengambil insiatif dengan Program Gotong Royong Persekitaran Berkualiti Amalan 5S pada 11hb April 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat KEMAS Parlimen Ipoh Barat. Program ini melibatkan semua kakitangan dan staf Pejabat KEMAS Ipoh Barat sebagai peneraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan kakitangan serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja yang dilaksanakan secara sistematik.
Tekun dalam tugasan yang diamanahkan

Di antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini adalah Menyusun sistem Fail mengikut rujukan, mengkelas fail mengikut keperluan, menyusun atur fail di ruangan yang diperuntukan. Selain daripada itu aktiviti mengecat dinding pejabat juga dilaksanakan serta penyusunan semula perabot-perabot di sekitar Pejabat KEMAS Ipoh Barat.
Menikmati juadah yang disediakan


Program ini adalah satu langkah ke arah untuk mempraktikan KEMAS Ipoh Barat kearah identiti korporat dalam aspek pengurusan dan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif. Program ini telah selesai pada jam 5.00 petang serta mencapai matlamat yang ingin dicapai.

Sunday 15 June 2014

MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN KEMAS BERSAMA PENGERUSI AJK TBK IPOH BARAT

Barisan Pengurusan KEMAS bersama Pengerusi Jawatankuasa TBK Parlimen Ipoh Barat

Tidak dapat dinafikan sumbangan masyarakat setempat dengan perkembangan TBK di kawasan masing-masing.Dengan kerjasama dan penyertaan yang aktif dari komuniti setempat mampu melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif di premis Tabika KEMAS setempat. Atas dasar ini maka satu perjumpaan telah diadakan diantara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama pengerusi-pengerusi TBK di seluruh Parlimen Ipoh Barat. Untuk makluman,Parlimen Ipoh Barat mempunyai 12 buah kelas TBK yang merangkumi TBK dari 3 DUN iaitu DUN Buntong, DUN Bercham, dan DUN Kepayang.
Suasana di Dewan Mesyuarat UTC Ipoh

Majlis telah diadakan pada 5hb April 2014 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Ipoh, Perak telah dihadiri oleh kesemua 12 Pengerusi TBK bersama Penyelia Kanan Parlimen Ipoh Barat, Cik Norul Huda Bt Ahmad Nator, Penyelia Pra Sekolah, Puan NurLelawati Bt Ahmad dan telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Operasi 2, En Husin Bin Sidek.

Ucapan oleh Penolong Pengarah Operasi 2, En Husin Sidek
Ucapan Aluan oleh Penyelia Kanan KEMAS Ipoh Barat


En Husin Sidek dalam ucapan nya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas kerjasama serta sumbangan yang tidak berbelah bagi Penegerusi dalam perkembangan TBK masing-masing serta mengharapkan kerjasama yang seumpama ini dapat diteruskan serta dieratkan lagi pada masa mendatang. Majlis selesai pada jam 5.00 petang dan kesemua hadirin dijamukan dengan jamuan ringan sebelum beransur pulang.