Aktiviti mengecat |
Bagi
mengimplentasikan dan sentiasa mengamalkan suasana persekitaran kondunsif di
tempat kerja, KEMAS Parlimen Ipoh Barat
mengambil insiatif dengan Program Gotong Royong Persekitaran Berkualiti
Amalan 5S pada 11hb April 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat KEMAS
Parlimen Ipoh Barat. Program ini melibatkan semua kakitangan dan staf Pejabat
KEMAS Ipoh Barat sebagai peneraju kepada kaedah paling efektif untuk
memotivasikan kakitangan serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah
persekitaran kerja yang dilaksanakan secara sistematik.
Tekun dalam tugasan yang diamanahkan |
Di
antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini adalah Menyusun sistem Fail
mengikut rujukan, mengkelas fail mengikut keperluan, menyusun atur fail di ruangan
yang diperuntukan. Selain daripada itu aktiviti mengecat dinding pejabat juga
dilaksanakan serta penyusunan semula perabot-perabot di sekitar Pejabat KEMAS
Ipoh Barat.
Menikmati juadah yang disediakan |
Program
ini adalah satu langkah ke arah untuk mempraktikan KEMAS Ipoh Barat kearah identiti
korporat dalam aspek pengurusan dan persekitaran kerja yang cemerlang, indah
dan kondusif. Program ini telah selesai pada jam 5.00 petang serta mencapai
matlamat yang ingin dicapai.
No comments:
Post a Comment