|
Barisan Pengurusan KEMAS bersama Pengerusi Jawatankuasa TBK Parlimen Ipoh Barat |
Tidak
dapat dinafikan sumbangan masyarakat setempat dengan perkembangan TBK di
kawasan masing-masing.Dengan kerjasama dan penyertaan yang aktif dari komuniti
setempat mampu melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif di premis Tabika
KEMAS setempat. Atas dasar ini maka satu perjumpaan telah diadakan diantara
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama pengerusi-pengerusi TBK di seluruh
Parlimen Ipoh Barat. Untuk makluman,Parlimen Ipoh Barat mempunyai 12 buah kelas TBK yang
merangkumi TBK dari 3 DUN iaitu DUN Buntong, DUN Bercham, dan DUN Kepayang.
|
Suasana di Dewan Mesyuarat UTC Ipoh |
Majlis
telah diadakan pada 5hb April 2014 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mesyuarat
UTC Ipoh, Perak telah dihadiri oleh kesemua 12 Pengerusi TBK bersama Penyelia
Kanan Parlimen Ipoh Barat, Cik Norul Huda Bt Ahmad Nator, Penyelia Pra Sekolah,
Puan NurLelawati Bt Ahmad dan telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Operasi
2, En Husin Bin Sidek.
|
Ucapan oleh Penolong Pengarah Operasi 2, En Husin Sidek |
|
Ucapan Aluan oleh Penyelia Kanan KEMAS Ipoh Barat |
En
Husin Sidek dalam ucapan nya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas
kerjasama serta sumbangan yang tidak berbelah bagi Penegerusi dalam perkembangan
TBK masing-masing serta mengharapkan kerjasama yang seumpama ini dapat
diteruskan serta dieratkan lagi pada masa mendatang. Majlis selesai pada jam
5.00 petang dan kesemua hadirin dijamukan dengan jamuan ringan sebelum beransur
pulang.
No comments:
Post a Comment