Tuesday, 1 April 2014

BENGKEL DWI MINGGUAN PRA SEKOLAH IPOH BARAT

01 April, Ipoh - Satu bengkel dwi mingguan telah diadakan bagi Pemaju-Pemaju Masyarakat Pra Sekolah KEMAS Parlimen Ipoh Barat bertempat di Tabika KEMAS Kg Kepayang Fair Park, Ipoh.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan skill dan kemahiran pemaju masyarakat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara pengisian bengkel Dwi Mingguan pula adalah sessi pengucapan awam, perbincangan proses pembelajaran mingguan, demonstrasi masakan dan amali masakan oleh Pemaju Masyarakat.

Puan Tamsilla PPM TBK Kg Tersusun Tawas Tambahan melakukan pengucapan awam yang bertajuk GST

Antara Pemaju Masyarakat TBK Parlimen Ipoh Barat yang hadir tekun mendengar taklimat oleh Penyelia Pra Sekolah

Penyelia Pra Sekolah Parlimen Ipoh Barat, Puan Norlelawati Bt Ahmad memberi penerangan berkaitan tema mingguan TBK

Demonstrasi Masakan oleh pen-demonstrasi jemputan Puan Rosnani Bt Meh

Hasil Akhir Demonstrasi Masakan

Disediakan oleh : Istanbul



No comments:

Post a Comment