Wednesday 11 March 2015

KEMAS IPOH BARAT DI PROGRAM MAKSAK TURUN PADANG




"Matlamat utama Program MAKSAK Turun Padang ini adalah untuk mengukuhkan permuafakatan dan semangat kerjasama di antara pegawai kerajaan dengan rakyat setempat.  Di samping itu juga, program seperti ini memberi peluang kepada pegawai Kerajaan untuk berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan serta mendekatkan diri ke akar umbi"
Berikut adalah serba sedikit ucapan oleh Tuan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

KEMAS Ipoh Barat turut terlibat dalam program ini apabila tenaga unit BPM yang diketuai oleh Puan Noor Laila Md Zain telah menjalankan aktiviti demonstrasi masakan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

MAJLIS PELANCARAN KOSPEN PERINGKAT PARLIMEN IPOH BARAT


APA ITU KOSPEN?


Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini .Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM

KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi


Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tersusun Sg Pari Buntong pada 28 Februari baru baru ini telah berjalan Majlis Pelancaran KOSPEN Parlimen Ipoh Barat. Majlis yang mendapat sambutan lebih 100 warga komuniti tempatan ini telah dirasmikan oleh Pemimpin Tempatan, Dato Shamsuddin Abd Ghaffar.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini bermula dengan aktiviti jalan kaki 1000 langkah dan kemudian nya senaman pagi. Acara seterusnya adalah sukan rakyat dan diselangi dengan pertandingan masakan dari peserta-peserta kelas BPM.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada sukarelawan KOSPEN dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Dato Shamsuddin.

Tuesday 3 March 2015

MAJLIS PENERANGAN & BACAAN YASSIN BERSAMA PESERTA KELAS PKK KG TERSUSUN TASEK


Bertempat di Premis TBK Kg Tersusun Tasek pada 3 hb Mac 2015 telah dijalankan satu majlis penerangan dan juga bacaan Yassin bersama peserta kelas PKK Kg Tersusun Tasek.

Majlis yang bermula jam 2.30 petang ini berjaya mengumpulkan 20 peserta kelas PKK Kg Tersusun Tasek dan berakhir jam 5.00 petang.