APA ITU KOSPEN?
Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini .Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM
KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi
Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Tersusun Sg Pari Buntong pada 28 Februari baru baru ini telah berjalan Majlis Pelancaran KOSPEN Parlimen Ipoh Barat. Majlis yang mendapat sambutan lebih 100 warga komuniti tempatan ini telah dirasmikan oleh Pemimpin Tempatan, Dato Shamsuddin Abd Ghaffar.
Program yang bermula jam 9.00 pagi ini bermula dengan aktiviti jalan kaki 1000 langkah dan kemudian nya senaman pagi. Acara seterusnya adalah sukan rakyat dan diselangi dengan pertandingan masakan dari peserta-peserta kelas BPM.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada sukarelawan KOSPEN dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Dato Shamsuddin.
No comments:
Post a Comment