Thursday 23 October 2014

GAYA HIDUP SIHAT AMALAN PENDUDUK KG TERSUSUN TASEK

Barisan Kepimpinan Kampung bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan KEMAS
Bertempat di Kampung Tersusun Tasek, Ipoh telah menganjurkan satu program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) pada 23hb Oktober ( Khamis) baru-baru ini. Program ini telah melibatkan kerjasama dari JKKK Kg Tersusun Tasek bersama-sama tenaga dari agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Ucapan oleh Ketua Kg, En NurAzlan B Samsuddin

Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan komuniti setempat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan potensi diri dan pembangunan hidup yang mapan. Program KOSPEN ini mensasarkan perubahan amalan dan budaya masyarakat  ke arah gaya hidup sihat dengan penumpuan kepada lima (5) skop utama , iaitu :
1. makan secara sihat
2. tidak merokok
3. hidup yang sihat
4. pengurusan berat badan. 
Sama-sama belajar
Ketua Kampung, En NurAzlan dalam ucapan nya telah menzahirkan rasa terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Beliau menekan akan peri penting nya kesihatan yang baik dan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung. Beliau juga menambah kerajaan sentiasa menitik beratkan kualiti hidup rakyat sentiasa terjamin dan terbela. Atas dasar itu program KOSPEN ini diperkenalkan supaya rakyat sentiasa mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan.


Secara am nya program ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung dan program susulan akan dirancang untuk dilaksanakan pada masa-masa mendatang.
Bergambar Kenang-Kenangan.

Monday 20 October 2014

SENI LIPATAN ORIGAMI :NILAI PEMBELAJARAN ESTETIKA

PM TBK tekun mengikuti Latihan Teknik Lipatan Origami
Origami di dalam bahasa Jepun bermaksud 'ori' melipat dan 'kami' kertas. Objektif kesenian origami ini adalah mengubah lembaran datar bahan menjadi patung melalui teknik ganda dan teknik mematung.Ianya tidak menggunakan bahan lain seperti gam. Jumlah lipatan dasar origami adalah kecil tetapi boleh digabungkan dengan kertas lain menggunakan teknik yang pelbagai. Seni lipatan ini ternyata begitu popular di seluruh dunia dan menjadi satu bentuk teknik pengajaran yang menarik untuk diajar kepada kanak-kanak secara am nya.

Barisan Tenaga Pengajar Unit Pra Sekolah KEMAS Ipoh Barat


Atas dasar ini, tema Bengkel Dwi Mingguan Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Ipoh Barat pada 20hb Oktober 2014 adalah seni lipatan Origami. Ternyata sessi pelajari origami ini mampu menjadi nilai tambah kepada para PM TBK dalam proses pengajaran mereka.

Cikgu Zura menerangkan terperinci cara lipatan origami kepada Cikgu Normah
Selain dari teknik origami, PM Pra Sekolah juga telah di dedahkan dengan bacaan Selawat oleh Penyelia Bina Insan KEMAS Ipoh Barat, Ustaz Syahrizal untuk diajar dan diamalkan semasa sessi pengajaran mereka nanti.
Ustaz Syahrizal menerangkan berkenaan syafaat amalan Selawat dalam kehidupan seharian
Diharap dengan bengkel dwi mingguan yang dijalankan ini mampu meningkatkan lagi tahap kompetensi tenaga pengajar dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan anak bangsa agar suatu hari nanti menjadi mereka yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara.

Sunday 12 October 2014

UJI MINDA DENGAN PERMAINAN CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan berlubang.Permainan congkak ini melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan dalam mengumpul mata dan seterus nya memenangi perlawanan.

Oleh kerana nilai nilai positif yang ada dalam permainan congkak ini, Murid-murid TBK Kg Tersusun Tawas Tambahan telah didedahkan dengan asas-asas permainan congkak ini oleh PM yang berkhidmat di situ iaitu Cik Mardhiah Bt Mohamed Suki. Menurut beliau, melalui aktiviti ini, murid-murid dapat diajar akan teknik mengira bilangan serta disamping itu murid-murid seronok dalam proses pembelajaran ini. Beliau menambah lagi dimana dalam proses pembesaran kita perlu memasukkan unsur-unsur pembelajaran nilai positif walaupun di dalam aktiviti permainan kepada murid-murid. 


PIDATO KEBANGSAAN MURID TBK KG TERSUSUN TASEK, KEMAS IPOH BARAT


Thursday 2 October 2014

BELANSUNGKAWA BUAT KELUARGA ARWAH PUAN HANIZA BT AMRI

"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

IPOH , 2 Oktober 2014 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan Doa Tahlil buat Arwah Puan Haniza Bt Amri (PDP Kepayang Parlimen Ipoh Barat) bertempat di kediaman ibu arwah di Kg Kepayang Fair Park disini.

Tuan Pengarah turut hadir untuk sama-sama membacakan surah Yassin buat arwah




Bacaan Yassin dan Doa Tahlil ini telah dipimpin oleh Ustaz Syahrizal yang merupakan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Ipoh Barat. Hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Pengarah KEMAS Ipoh Barat, En Ahmad Kamal Idris B. Haji Mohd Nawawi , barisan Penyelia-Penyelia Kanan seluruh Negeri Perak , kakitangan KEMAS Ipoh Barat, serta bersama ahli-ahli keluarga Arwah Puan Haniza.

Pada majlis tersebut Tuan Pengarah turut mengambil kesempatan ini untuk sama sama beramah mesra ahli keluarga Arwah Puan Haniza serta memberikan kata kata semangat agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Seterusnya  Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan wang ringgit hasil sumbangan derma ikhlas dari seluruh kakitangan KEMAS Negeri Perak yang turut merasa hiba atas kehilangan Arwah Puan Haniza
Tuan Pengarah bersama Anak-anak Arwah

bersama ibu Arwah Puan Haniza (2 dari kiri)

Tuan Pengarah menyampaikan sumbangan derma ikhlas dari KEMAS Perak kepada suami Arwah
Kami di KEMAS Ipoh Barat sungguh merasakan kehilangan ini dekat di hati kami. Terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak mungkin akan dapat dicoretkan disini. Menyingkap kembali sejarah arwah bersama KEMAS, Arwah mula dilantik pada pada tahu 1999 sebagai Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan kemudian nya dinaik kan kepada jawatan Penyelia Dun Perhubungan Kepayang pada tahun 2006. Arwah telah meninggalkan suami beliau iaitu En Samsudin B Hasan dan juga 5 orang anak. Al Fatihah buat arwah Haniza Bt Amri, semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang orang beriman

Buat ahli keluarga arwah, semoga kuat dan cekal dalam mengharungi setelah kehilangan isteri dan ibu tercinta.