PM TBK tekun mengikuti Latihan Teknik Lipatan Origami |
Origami di dalam bahasa Jepun bermaksud 'ori' melipat dan 'kami' kertas. Objektif kesenian origami ini adalah mengubah lembaran datar bahan menjadi patung melalui teknik ganda dan teknik mematung.Ianya tidak menggunakan bahan lain seperti gam. Jumlah lipatan dasar origami adalah kecil tetapi boleh digabungkan dengan kertas lain menggunakan teknik yang pelbagai. Seni lipatan ini ternyata begitu popular di seluruh dunia dan menjadi satu bentuk teknik pengajaran yang menarik untuk diajar kepada kanak-kanak secara am nya.
Barisan Tenaga Pengajar Unit Pra Sekolah KEMAS Ipoh Barat |
Atas dasar ini, tema Bengkel Dwi Mingguan Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Ipoh Barat pada 20hb Oktober 2014 adalah seni lipatan Origami. Ternyata sessi pelajari origami ini mampu menjadi nilai tambah kepada para PM TBK dalam proses pengajaran mereka.
Cikgu Zura menerangkan terperinci cara lipatan origami kepada Cikgu Normah |
Selain dari teknik origami, PM Pra Sekolah juga telah di dedahkan dengan bacaan Selawat oleh Penyelia Bina Insan KEMAS Ipoh Barat, Ustaz Syahrizal untuk diajar dan diamalkan semasa sessi pengajaran mereka nanti.
Ustaz Syahrizal menerangkan berkenaan syafaat amalan Selawat dalam kehidupan seharian |
Diharap dengan bengkel dwi mingguan yang dijalankan ini mampu meningkatkan lagi tahap kompetensi tenaga pengajar dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan anak bangsa agar suatu hari nanti menjadi mereka yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara.
No comments:
Post a Comment