Thursday 23 October 2014

GAYA HIDUP SIHAT AMALAN PENDUDUK KG TERSUSUN TASEK

Barisan Kepimpinan Kampung bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan KEMAS
Bertempat di Kampung Tersusun Tasek, Ipoh telah menganjurkan satu program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) pada 23hb Oktober ( Khamis) baru-baru ini. Program ini telah melibatkan kerjasama dari JKKK Kg Tersusun Tasek bersama-sama tenaga dari agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Ucapan oleh Ketua Kg, En NurAzlan B Samsuddin

Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan komuniti setempat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan potensi diri dan pembangunan hidup yang mapan. Program KOSPEN ini mensasarkan perubahan amalan dan budaya masyarakat  ke arah gaya hidup sihat dengan penumpuan kepada lima (5) skop utama , iaitu :
1. makan secara sihat
2. tidak merokok
3. hidup yang sihat
4. pengurusan berat badan. 
Sama-sama belajar
Ketua Kampung, En NurAzlan dalam ucapan nya telah menzahirkan rasa terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Beliau menekan akan peri penting nya kesihatan yang baik dan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung. Beliau juga menambah kerajaan sentiasa menitik beratkan kualiti hidup rakyat sentiasa terjamin dan terbela. Atas dasar itu program KOSPEN ini diperkenalkan supaya rakyat sentiasa mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan.


Secara am nya program ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung dan program susulan akan dirancang untuk dilaksanakan pada masa-masa mendatang.
Bergambar Kenang-Kenangan.

No comments:

Post a Comment