Thursday, 2 October 2014

BELANSUNGKAWA BUAT KELUARGA ARWAH PUAN HANIZA BT AMRI

"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

IPOH , 2 Oktober 2014 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan Doa Tahlil buat Arwah Puan Haniza Bt Amri (PDP Kepayang Parlimen Ipoh Barat) bertempat di kediaman ibu arwah di Kg Kepayang Fair Park disini.

Tuan Pengarah turut hadir untuk sama-sama membacakan surah Yassin buat arwah




Bacaan Yassin dan Doa Tahlil ini telah dipimpin oleh Ustaz Syahrizal yang merupakan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Ipoh Barat. Hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Pengarah KEMAS Ipoh Barat, En Ahmad Kamal Idris B. Haji Mohd Nawawi , barisan Penyelia-Penyelia Kanan seluruh Negeri Perak , kakitangan KEMAS Ipoh Barat, serta bersama ahli-ahli keluarga Arwah Puan Haniza.

Pada majlis tersebut Tuan Pengarah turut mengambil kesempatan ini untuk sama sama beramah mesra ahli keluarga Arwah Puan Haniza serta memberikan kata kata semangat agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Seterusnya  Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan wang ringgit hasil sumbangan derma ikhlas dari seluruh kakitangan KEMAS Negeri Perak yang turut merasa hiba atas kehilangan Arwah Puan Haniza
Tuan Pengarah bersama Anak-anak Arwah

bersama ibu Arwah Puan Haniza (2 dari kiri)

Tuan Pengarah menyampaikan sumbangan derma ikhlas dari KEMAS Perak kepada suami Arwah
Kami di KEMAS Ipoh Barat sungguh merasakan kehilangan ini dekat di hati kami. Terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak mungkin akan dapat dicoretkan disini. Menyingkap kembali sejarah arwah bersama KEMAS, Arwah mula dilantik pada pada tahu 1999 sebagai Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan kemudian nya dinaik kan kepada jawatan Penyelia Dun Perhubungan Kepayang pada tahun 2006. Arwah telah meninggalkan suami beliau iaitu En Samsudin B Hasan dan juga 5 orang anak. Al Fatihah buat arwah Haniza Bt Amri, semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang orang beriman

Buat ahli keluarga arwah, semoga kuat dan cekal dalam mengharungi setelah kehilangan isteri dan ibu tercinta.



No comments:

Post a Comment