Sunday 11 October 2015

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK





Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut  ‘The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

Di Malaysia, terdapat empat agensi utama penting yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pendidikan sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta yang bertungkus lumus untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini diteruskan dan ditingkatkan

No comments:

Post a Comment