Sunday, 11 January 2015

MAJLIS RAMAH MESRA KEMAS IPOH BARAT 2015

Tuan Pengarah KEMAS Ng Perak berkenalan dengan AJK Aktiviti KEMAS Ipoh Barat


IPOH : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Ipoh Barat telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama-sama Pengerusi Kumpulan Aktiviti KEMAS, Ketua-ketua kampung, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) dan seluruh kakitangan KEMAS Ipoh Barat.
Menyanyikan Lagu Negaraku
Majlis yang diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia bermula jam 3.00 petang ini bertujuan adalah untuk bersama-sama merapatkan hubungan antara Jabatan KEMAS dengan pemimpin serta komuniti tempatan dimana hampir 50 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan yang hadir untuk sama-sama memberi sokongan serta komitmen terhadap aktiviti Jabatan KEMAS.
Ucapan oleh Tuan Pengarah En Ahmad Kamal Idris Hj Ahmad Nawawi
Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak, Encik Ahmad Kamal Idris Bin Haji Ahmad Nawawi dalam ucapannya berkata, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menerangkan serta menjelaskan perkhidmatan serta fungsi Jabatan kepada warga masyarakat tempatan.Beliau menambah lagi sebagai Jabatan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat, adalah penting supaya Jabatan sentiasa menjaga hubungan mesra dengan komuniti tempatan dan komitmen yang baik diperlukan dari komuniti tempatan supaya agenda pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan dapat dijalankan.
Penyampaian Sijil Penghargaan
Di akhir majlis tersebut beliau telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua warga masyarakat yang terlibat dengan aktiviti KEMAS.

No comments:

Post a Comment