Monday, 13 April 2015

KEPERLUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun).  


Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).

Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka. Oleh itu, pendidikan adalah awal amat penting dan harus bermula sejak kecil lagi.  

Antara kepentingan Pendidikan Awal kanak-kanak adalah :

Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan. 

Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.


90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.

Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.

(Sumber rujukan : Azizah Lebai Nordin,  2004)   

Friday, 10 April 2015

BENGKEL ENGLISH TENAGA PENGAJAR TBK PARLIMEN IPOH BARAT


Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi dunia ataupun lebih dikenali sebagai bahasa global. Mengapa? Mungkin semua orang di dunia ini lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan antara satu sama lain.  
Sehubungan dengan itu Unit Pra Sekolah KEMAS Ipoh Barat mengambil inisiatif menambah ilmu dalam bahasa inggeris supaya dapat diajar kepada murid-murid tabika.


Thursday, 9 April 2015

GOTONG ROYONG 3K DI PREMIS TBK KG TERSUSUN TASEK


Pada 4 hb April 2015 yang lalu Pihak Jabatan KEMAS Perak telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi setiap premis KEMAS di seluruh negeri Perak. Program Gotong royong ini telah melibatkan penyertaan dari pihak KEMAS serta komuniti setempat. Melalui aktiviti ini ia dapat mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara , ibu bapa,  pendidik dan warga KEMAS dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan premis yang menjalankan program-program kemasyarakatan KEMAS.

Pihak TBK Kg Tersusun Tasek juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti ini dimana program ini mendapat kerjasama yang positif dari pihak JKKK Kg Tersusun Tasek dan juga para ibu bapa. Mereka telah hadir seawal jam 8 pagi serta diberi sedikit penerangan mengenai perjalanan program gotong royong oleh pegawai KEMAS yang hadir iaitu Puan Zuraini Bt Musa dan juga Cik Mardhiah Bt Suki yang juga merupakan tenaga pengajar di premis tersebut.


Program ini diakhiri dengan simbolik penanaman pokok bunga di hadapan pintu pagar premis TBK Kg Tersusun Tasek ini. Ternyata dengan program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan pihak Jabatan KEMAS dan masyarakat.