Pada 4 hb April 2015 yang lalu Pihak Jabatan KEMAS Perak telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi setiap premis KEMAS di seluruh negeri Perak. Program Gotong royong ini telah melibatkan penyertaan dari pihak KEMAS serta komuniti setempat. Melalui aktiviti ini ia dapat mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara , ibu bapa, pendidik dan warga KEMAS dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan premis yang menjalankan program-program kemasyarakatan KEMAS.
Pihak TBK Kg Tersusun Tasek juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti ini dimana program ini mendapat kerjasama yang positif dari pihak JKKK Kg Tersusun Tasek dan juga para ibu bapa. Mereka telah hadir seawal jam 8 pagi serta diberi sedikit penerangan mengenai perjalanan program gotong royong oleh pegawai KEMAS yang hadir iaitu Puan Zuraini Bt Musa dan juga Cik Mardhiah Bt Suki yang juga merupakan tenaga pengajar di premis tersebut.
Program ini diakhiri dengan simbolik penanaman pokok bunga di hadapan pintu pagar premis TBK Kg Tersusun Tasek ini. Ternyata dengan program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan pihak Jabatan KEMAS dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment