Wednesday, 12 August 2015

MAJLIS SAMBUTAN AIDIFITRI KEMAS IPOH BARAT 2015


Bersempena Bulan Syawal yang mulia ini, KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah mengadakan satu Majlis Sambutan Aidilfitri yang diadakan pada 11 Ogos 2015 bertempat di Dewan Besar SUK Jln Hospital, Ipoh disini tempohari.



Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Wan Norlee yang merupakan Timbalan Pengarah KEMAS Ng Perak. Turut hadir pada Majlis ini adalah En Ishak yang mewakili Persatuan Masyarakat Tempatan serta Pengerusi-Pengerusi Premis-Premis KEMAS serta semua warga KEMAS Parlimen Ipoh Barat.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh hampir 10 meja juadah yang disediakan contohnya lemang dan rendang, rojak buah buahan, dan juga laksa serta nasi tomato.

Disamping itu, murid-murid TBK turut diberi duit raya yang mana disampaikan oleh En Ishak.

Majlis ini selesai pada jam 5.00 petang dan ternyata dapat mengeratkan warga KEMAS bersama masyarakat setempat.




No comments:

Post a Comment