Sunday, 8 February 2015

MARI BERSEMBAHYANG



Solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah SWT , membuktikan ketaatan, kepatuhan, serta sentiasa mengingatiNya. Solat juga mendidik jiwa seseorang memahami hakikat ketaqwaan, ketenangan, kesabaran, tawakkal, jihad dan Allah SWT sahajalah tempat bergantung dalam segala urusan kehidupan. Solat adalah amalan yang asal dalam agama.

Sehubungan dengan itu, pada Jumaat lepas Tabika KEMAS Kg Tersusun Tawas Tambahan telah membuat pengisian rohani dengan mendedahkan kepada murid murid akan cara menunaikan ibadah solat yang betul.


Sepanjang aktiviti itu berjalan, murid-murid telah didedahkan dengan cara menunaikan solat dan rukun solat yang perlu dipatuhi. Tahniah pada guru, Puan Khusna Abdul Khair yang mengambil inisiatif mengadakan program itu. Sesungguhnya usaha mendidik anak anak bersolat sememangnya perlu dilakukan ketika usia mereka seawal enam tahun.

Tuesday, 27 January 2015

PREMIS PUSAT SUMBER KEMAS TERBAIK NEGERI PERAK TAHUN 2014


Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Haslinda Pemaju Masyarakat Pusat Sumber Kg Kepayang Fair Park yang telah dianugerahkan sebagai Premis Pusat Sumber KEMAS Perak terbaik bagi tahun 2014. Tidak dilupakan juga buat Puan Noor Laila Bt Md Zin selaku Penyelia BPM kerana tidak jemu jemu membimbing serta menunjuk ajar dalam menjadi kan Pusat Sumber terbaik.


Untuk makluman Pusat Sumber ini mula beroperasi pada tahun 1997 dimana waktu beroperasi nya adalah bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Jumlah ahli berdaftar setakat awal Januari 2015 adalah seramai 137 orang dari pelbagai peringkat umur. Dalam tinjauan yang dilakukan ternyata penduduk Kampung Kepayang Fair Park komited dalam memberi komitmen dalam program yang dilaksanakan di Pusat Sumber Kg Kepayang. Diharap kecemerlangan dapat diteruskan pada tahun 2015 ini.

WARNA WARNI PERMULAAN TAHUN BARU TBK KEMAS IPOH BARAT




















Sunday, 11 January 2015

MAJLIS RAMAH MESRA KEMAS IPOH BARAT 2015

Tuan Pengarah KEMAS Ng Perak berkenalan dengan AJK Aktiviti KEMAS Ipoh Barat


IPOH : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Ipoh Barat telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama-sama Pengerusi Kumpulan Aktiviti KEMAS, Ketua-ketua kampung, Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) dan seluruh kakitangan KEMAS Ipoh Barat.
Menyanyikan Lagu Negaraku
Majlis yang diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia bermula jam 3.00 petang ini bertujuan adalah untuk bersama-sama merapatkan hubungan antara Jabatan KEMAS dengan pemimpin serta komuniti tempatan dimana hampir 50 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan yang hadir untuk sama-sama memberi sokongan serta komitmen terhadap aktiviti Jabatan KEMAS.
Ucapan oleh Tuan Pengarah En Ahmad Kamal Idris Hj Ahmad Nawawi
Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak, Encik Ahmad Kamal Idris Bin Haji Ahmad Nawawi dalam ucapannya berkata, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menerangkan serta menjelaskan perkhidmatan serta fungsi Jabatan kepada warga masyarakat tempatan.Beliau menambah lagi sebagai Jabatan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat, adalah penting supaya Jabatan sentiasa menjaga hubungan mesra dengan komuniti tempatan dan komitmen yang baik diperlukan dari komuniti tempatan supaya agenda pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan dapat dijalankan.
Penyampaian Sijil Penghargaan
Di akhir majlis tersebut beliau telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua warga masyarakat yang terlibat dengan aktiviti KEMAS.

Sunday, 28 December 2014

SIMPATI SERTA DOA UNTUK MANGSA BANJIR

Salam Simpati dari kami warga keluarga KEMAS Ipoh Barat untuk semua ahli keluarga yang yang menjadi mangsa bencana Banjir.

Jauh disudut hati kami berasa sungguh sedih dan pilu serta bersimpati dengan nasib mangsa bencana banjir.



Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......

JOM DAFTAR TABIKA KEMAS IPOH BARAT

Pendaftaran ke TABIKA KEMAS hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sila hubungi TABIKA berdekatan tuan tuan dan puan puan untuk maklumat lanjut. Berikut adalah senarai TABIKA didalam KEMAS Parlimen Ipoh Barat serta Pemaju Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap premis tersebut :

1. TBK Kg Kepayang ( Puan Normah)
2. TBK Jln Hospital ( Puan Salasiah)
3. TBK Pangsapuri Sri Kepayang ( Puan Noraini Salleh)
4. TBK Polis Jln Padang Tembak (Puan Noorsimah)
5. TBK Polis Kg Tawas (Puan Mariani)
6. TBK Kg Tersusun Tawas Tambahan ( Cik Mardhiah)
7. TBK Kg Tersusun Sg Pari Buntong (Puan Nor Nawar Hanim)
8. TBK Kg Tersusun Tasek (Puan Zuraini)
9. TBK Taman Sri Kurau (Puan Husna)





Wednesday, 5 November 2014

TAHNIAH BUAT YANG CEMERLANG : APC 2014

Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak berucap semasa APC KEMAS 2013
Penganugerahan ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang telah mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang dan kualiti kerja sepanjang tahun yang mempunyai kelebihan tertentu berbanding dengan pegawai lain.

Matlamat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah bertujuan untuk menginstitusikan budaya yang cemerlang di kalangan penjawat awam dimana setiap mutu dan penghasilan nya melebihi dari keperluan dan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Disamping itu perkhidmatan yang diberikan itu boleh menjadi contoh dan ikutan serta boleh diteladani ke arah memajukan perkhidmatan awam.
Puan Salasiah Bt Zakaria

Bagi tahun 2013, sebanyak 2 Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KEMAS Perak 2013 iaitu Puan Salasiah Bt Zakaria yang bertugas sebagai Pemaju Masyarakat Tabika di TBK Jalan Hospital, Ipoh serta Puan Nor Nawar Hanim Bt Noorsam sebagai Pemaju Masyarakat Tabika di TBK Kg Tersusun Sg Pari, Buntong.
Puan Nor Nawar Hanim Bt Noorsam
Kami warga KEMAS Ipoh Barat berbangga dengan penghargaan yang telah diberikan kepada yang terpilih dan ingin merakamkan tahniah kepada Puan Salasiah dan Puan Hanim. Semoga dengan anugerah ini akan memacu peningkatan prestasi yang lebih cemerlang di masa hadapan.